fbpx

TERMA & SYARAT

Tempahan

Perlukah saya mendaftar di laman web untuk membuat tempahan?
Anda perlu mendaftar akaun untuk membolehkan anda membuat pesanan dalam talian di projek57.com. Pendaftaran anda juga membolehkan kami menghantar maklumat terkini produk-produk terbaru, aktiviti-aktiviti dan cara sumbangan anda membantu komuniti-komuniti terlibat. Ia juga memudahkan proses pembelian pada masa akan datang melalui rekod maklumat sedia ada.

Bayaran

Apakah cara pembayaran yang anda gunakan?
Kami menggunakan iPay88 untuk memproses bayaran secara kad debit dan kredit. Semua
jualan adalah dalam matawang Ringgit Malaysia.

Penghantaran

Ke manakah lokasi-lokasi penghantaran?
Buat masa ini, penghantaran hanya terhad kepada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja. Untuk destinasi di luar Malaysia, sila hubungi kami di sales [at] projek57[dot] com atau +60 12 319 5718. Kami tidak menghantar ke alamat PO Box kerana tandatangan diperlukan untuk serahan pakej pada alamat penghantaran.

Berapa lama sehingga saya menerima tempahan saya?
Sebaik sahaja bayaran diluluskan, serahan dianggarkan mengambil masa 2 ke 3 hari bekerja ke lokasi di Semenanjung Malaysia dan 3 ke 5 hari bekerja ke lokasi di Sabah dan Sarawak (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum). Anda akan menerima e-mel sebaik saja tempahan anda telah diposkan. Jika anda tidak menerima tempahan anda dalam masa yang dinyatakan, sila hubungi kami dengan serta-merta.

Berapakah caj penghantaran yang dikenakan?
Bayaran caj penghantaran adalah RM5 ke semua lokasi di Semenanjung Malaysia, dan Sabah dan Sarawak bagi tempahan kurang dari RM15.00. Penghantaran adalah percuma ke dalam negara bagi tempahan RM15.00 ke atas mengikut shopping cart checkout.

Pulangan dan Bayaran Balik

Bolehkah saya mendapat bayaran balik bagi belian saya?
Kami tidak menerima sebarang pulangan, dan tiada bayaran balik bagi barangan yang dibeli melalui laman web kami. Walaubagaimanapun, bagi barangan yang rosak atau tersilap, anda boleh menghantar e-mel ke sales [at] projek57[dot] com dan memulangkan barangan tersebut dalam masa 5 hari bekerja daripada tarikh penerimaan. Kami akan membayar balik harga penghantaran balik dan menghantar gantian secepat mungkin.

Siapakah harus saya hubungi tentang tempahan, barangan, dan penghantaran?
Sila hantarkan e-mel ke sales [at] projek57 [dot] com, dan kami akan berusaha untuk melayan segala pertanyaan secepat mungkin.