“Projek57 telah mengubah nasib saya dari segi pendidikan. Saya adalah satu dari penerima manfaat Projek57. Hasil jualan merchandise disalurkan kepada pelajaran saya dan pada tahun 2018 saya telah berjaya membuat SPM dan pada tahun 2019, saya telah masuk ke kursus business di university.”
“Sebagai pelajar di Universiti Malaya, saya amat berbesar hati dapat menyertai Projek57 dalam perbincangan khas mengenai perpaduan dan pemerkasaan demokratik dalam kalangan belia. Saya percaya, belia perlu ke depan mencari cabaran baru untuk terus maju dan berkembang.”Dialog “Undi 18 and the future of Malaysia” di Universiti Malaya
“Unity Ride memberi pengalaman baru kepada saya dan para pelajar saya. Ia sangat menekankan kebersamaan setiap kaum bagi memastikan perpaduan dalam kalangan belia dan pelajar. Semoga kami dapat berkolaborasi lagi dengan Projek57 di masa hadapan.”Bengkel Perpaduan di SM Sains Dungun, Terengganu, semasa Unity Ride 2017