fbpx

LIBATSAMA BELIA

Projek, dialog dan bengkel dengan kerjasama universiti, kolej, dan organisasi belia untuk menggalakkan penglibatan belia dan menginspirasi mereka dengan semangat Patriotisme dan Perpaduan.

PEMERKASAAN BELIA ORANG ASLI

Peluang kepada belia Orang Asli melalui biasiswa, latihan amali dan kolaborasi bersama universiti-universiti dan rakan korporat. Malah, turut memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik melalui pelaksanaan program berkaitan.

MEMBALAS BUDI

100% keuntungan disalurkan untuk tujuan pemerkasaan belia Orang Asli dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.



Sorotan Libatsama Belia semasa Unity Ride 2017
Unity in our Eyes



Pengasas bersama kami telah mengetuai misi berbasikal sejauh 500km melebihi 9 pusingan merentasi Pantai Barat dan Pantai Timur Malaysia, berkongsi dan mengumpulkan pelbagai cerita melalui hentian di universiti -universiti dan sekolah menengah yang turut menjalankan bengkel dan forum bertemakan Perpaduan.

Malah, aktiviti ini juga memberi peluang kepada belia orang asli berkongsi cerita tentang mereka.

Badan korporat dan organisasi yang sehaluan menuju ke arah Malaysia yang bersatu-padu, juga bekerjasama dengan kami dalam acara Unity Ride ini.


Detik yang membanggakan di hadapan Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka. Sambil mendendangkan lagu Negaraku seiring dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi dengan persembahan pancaragam DBKL.

Obor sebagai symbol perpaduan komuniti dan semangat kesukanan. Adalah satu penghormatan bagi kami semua membawa Obor Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur.


Tua dan muda. Dengan semangat Perpaduan, mula dan tamatkan bersama.



Kita lawan menentang komunis. Setiap skuadron campur pegawai Cina, India, Melayu, Sabahan, dengan Sarawak. Kami sangat rapat. Lepas berlawan dalam hutan, kami mesti berjalan ke kampung terdekat dan tumpang rumah pegawai dari kampung tu sementara tunggu pulih. Keluarga mereka pasti akan sambut kami dan buka pintu rumah, tak kira siapapun kami.

– En. Baharin, Bekas Sarjan Mejor PDRM Sg. Petani Kedah


“Di sini, kita nyaman.” – Kongsi En. Abdul Rahim di warungnya yang terletak di Kampar.

Kerjaya kita tak sama. Tapi sayang kita kepada Malaysia tetap sama. Terima kasih atas jasa dan perkhidmatan anda untuk Negara.


Dari Batu Buruk ke Sekolah Menengah Sains Dungun


Kami semua terinspirasi dengan tenaga, keinginan untuk maju dan potensi yang ada dalam diri pelajar SM Sains Dungun. Ada yang sertai kami berbasikal, ada yang sambut kami dengan paluan kompang dan hingar bersorak dengan sepanduk yang dibuat sendiri. Rasa disambut sedemikian rupa, sangat menyenangkan.


Bengkel Perpaduan untuk para pelajar SM Sains Dungun. Pelatih Orang Asli kami juga turut berkongsi tentang warisan suku kaum beliau serta pengalaman menjadi pelatih peruncitan bersama Projek57.


Dialog & Panel di Kampar


Dialog bersama pelajar UTAR Kampar. Belia cakna dan mengambil berat tentang isu perpaduan di Malaysia.


Acara komuniti di UTAR Sungai Long.


Kampung Pasal


Berbasikal menuju Kampung Pasal, melalui jalan sukar di ladang sawit di Bera, Pahang utnuk melawat pelatih Orang Asli kami, Farah.


“Saya mahu anak-anak saya ada peluang yang lebih baik daripada saya. Sebab itu saya benarkan mereka ke Kuala Lumpur untuk belajar Bahasa Inggeris dan IT. Dua-dua subjek tu penting, dan saya bangga bila saya tahu mereka belajar dengan baik.”
– En Baharum, ayah Farah, penoreh getah.


Lawatan ke rumah Farah dan keluarga membuka mata kami tentang reality kehidupan Orang Asli. Kami belajar tentang tempat tinggal dan perspektif mereka. Kami berikar untuk terus membantu komuniti ini.


Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yassin


Bengkel Perpaduan bersama pelajar Sekolah Menengah Dato Abdul Yassin di Nusajaya.


Rumah Kebajikan Sri Ramakrishna


Rumah kebajikan ini menyediakan perlindungan dan Pendidikan kepada golongan belia kurang berkemampuan.

“Saya datang ke sini sebulan lalu. Sebelum datang, saya perlu mencari makanan sendiri kerana ibubapa saya tiada wang. Lepas mak saya pergi kerja, saya tumpang bas dengan orang lain untuk cari makanan. Bila besar nanti saya nak jadi peguam. Saya nak berjaya supaya saya boleh tolong dan jaga keluarga saya.”
– Sadis, pelajar di rumah Kebajikan Ramakrishna.


Sesi Dialog Terbuka di Universiti Malaysia Sabah


“Jelas menunjukkan bahawa orang Sabah begitu meraikan dan menyemai nilai ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’. Kami tinggal bersama mereka yang punyai banyak budaya dan warisan. Walaupun ada perbezaan kepercayaan agama, kami tetap meraikan sambutan dan perayaan dengan gembira dan ceria. Ianya tak mustahil, bila kami semua saling percaya dan hormat menghormati dalam kalangan Sabahan.”
– Charles Thomas, Kaum Dusun


Kuching, Sarawak


Pusingan paling panjang yang meliputi 90km melalui Bandar Kuching dan kampung-kampung di kawasan pedalaman.

“Saya bangga menjadi orang Sarawak. Di sini, kami tinggal dengan semangat Perpaduan yang kuat. Orang Bidayuh pentingkan Pendidikan untuk anak-anak jadi saya boleh Nampak masa depan yang cerah untuk komuniti saya. Kita semua nak jadi sebahagian besar masa depan Sarawak dan Malaysia.”
– Vincent anak Felicia, Kaum Bidayuh



Perpaduan tak pernah bergerak sendiri. Kesemua Rakan Rentasan Perpaduan yang bersama-sama dalam perjalanan kami, menggerakkan belia dan komuniti.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Junior Cycling Malaysia, Cycling Association of Kota Kinabalu, Enterpreneurs Organisation Malaysia, Taylor’s Business School, M&C Saatchi, Creative Unicorn, Avenue K, IOI City Mall, Leaderonomics, Procurehere Procurement Solutions, Skybus, Revive Isotonic Drinks, Score, Chellam Plantation, Dragonfly International, The Rojak Projek, Gerakbudaya



Sorotan Unity Ribbon


Kempen Unity Ribbon mengajak semua Rakyat Malaysia untuk memakai Unity Ribbon yang diinspirasikan daripada Jalur Gemilang di dada untuk menunjukkan rasa bangga sebagai Rakyat Malaysia dan Perpaduan.

Setiap tahun, kempen ini membawa tema yang berbeza. Pada tahun 2018, tema yang dibawa adalah ‘Meraikan Perpaduan’ dan tema bagi tahun 2019 adalah ‘Maka Kami Rakyat Malaysia’ yang diambil berdasarkan Rukun Negara yang merangkumi nilai-nilai kebersamaan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Di tahun 2020 ini, Malaysia berdepan dengan isu ketegangan perkauman, pandemik kesihatan COVID-19 dan cabaran ekonomi global. Kami percaya, sebagai Rakyat Malaysia akan kembali bangkit dan mendepani cabaran ini bersama-sama.

Maka, tema pada tahun ini adalah ‘Dalam Apa Jua Keadaan, Kita Bersama!’ #MakaKami


Pelancaran Unity Ribbon




Bengkel Unity Ribbon


Bengkel Unity Ribbon di Sols 24/7 bersama belia Orang Asli dan pelajar university di mana perserta dari pelbagai latar belakang berkongsi antara sama satu lain apakah makna Perpaduan sementara membuat Unity Ribbon.


Dialog “Undi18 dan Masa Depan Malaysia” di Universiti Malaya Bersama 200 pemimpin belia untuk berbincang tentang penurunan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.



200 pelajar dari pelbagai latar belakang tidak kira bangsa atau agama, Melayu, Cina, India, Orang Asli, Orang Sabah dari SMK Mengkarak, SMK Bandar Kerayong, SMJK (Cina) Triang 3, SMK Triang, SMK Kemayan, Cempaka School Cheras dan SOLs 24/7 telah mengambil bahagian dalam bengkel Perpaduan di Triang, Pahang.


Bengkel Unity Ribbon di Pertandingan Bola Sepak Allianz Junior disertai para pemain muda yang mewakili setiap negeri di Malaysia dari Kuala Lumpur ke Kelantan ke Sabah dan Sarawak.



Sesi membuat Unity Ribbon bersama pelajar Orang Asli daripada SOLS24/7, pelajar pelarian daripada Fugee School dan pelajar dari Sunway University.


Pelatih Orang Asli kami telah menganjurkan Bengkel Unity Ribbon sebanyak 15 sesi dengan pekerja Allianz Life Insurance Malaysia daripada cawangan yang berbeza. Pelatih Orang Asli kami turut berkongsi tentang cara hidup, harapan, dan impian mereka di masa hadapan.



Miri Adek, pelatih Orang Asli pertama kami bersama Visnoly dan Bibi, pelajar Sabah daripada Sols 24/7 menganjurkan bengkel dengan pelajar vokasional dari Sarawak dan berkongsi tentang impian dan mimpi mereka.


Belia beza kemampuan dibantu oleh teman mereka sepanjang pendakian. Di penghujung pendakian, para peserta duduk bersama menyediakan Unity Ribbon. Pengasas Bersama kami, Collin turut mengambil peluang berkongsi tentang Perpaduan.



Bengkel Perpaduan dan Kuiz bersama kanak-kanak Yayasan Subbeams Home dan orang awam, telah diadakan di Paradigm Mall dengan kerjasama WCT.


Unity Drive dengan PLUS Malaysia menziarahi kanak-kanak di beberapa rumah yatim kanak-kanak.



Orang Asli



Melalui pembelian anda, kami membantu belia Malaysia yang terabai untuk menambahbaik hidup mereka. Kami juga melibatkan diri dengan belia Malaysia daripada komuniti-komuniti terabai. Kami membuka peluang bagi mereka melalui bantuan pendidikan dan latihan kemahiran hidup dalam bidang peruncitan. Ia membina keyakinan diri mereka!




Miri binti Adek dan Armizainizam a/l Bahari dari komuniti Orang Asli adalah pelatih peruncitan pertama kami. Miri kini merupakan seorang guru sementara Armizainizam menerima biasiswa Pendidikan Projek57 untuk menyambung pelajaran dan telah berjaya meluluskan peperiksaan SPM.

Kami memberi biasiswa melalui rakan sekolah dan universiti.




Rozalina Binti Baharum dan Jorita A/P Rosman turut menerima biasiswa Projek57.
Rozalina juga dikenali sebagai Farah merupakan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Ini adalah kali pertama beliau bersekolah di sekolah rasmi. Kini, dia telah berjaya memasuki kursus Perniagaan di university. Jorita menjadi pelatih di Projek57 dan kemudiannya meneruskan pelajarannya di university, juga dalam kursus Perniagaan.