fbpx

PENGASAS KAMI


Awal tahun 2015, kami berdua berbincang tentang isu polarisasi kaum dan ketegangan agama yang menjadi topik utama kami. Kita ke arah abad 21, tetapi kelihatan seperti kita bergerak jauh ke belakang dan seakan jauh daripada Perpaduan. Aneh bukan?

Projek Perpaduan dengan nama ‘Projek57 Pergerakan Harapan’ telah dilahirkan selepas beberapa siri perbincangan, bualan dan beberapa cawan kopi. ‘Movement’ dan ‘Hope’ menjadi kata kunci kerana kami mahukan lebih ramai orang untuk bersama-sama kami menepis segala bentuk negativiti dan memfokuskan kepada perkara yang cantik, indah dan kebaikan Malaysia.

Kami berkongsi visi yang sama dengan Perdana Menteri Pertama yang kami sanjungi, Tunku Abdul Rahman yang menyatakan “Masa hadapan kita bergantung kepada betapa eratnya pelbagai kaum boleh hidup secara harmoni dan kerjasama‘’. Kami mahu menjadi pencetus mereka yang merasakan tiada jalan keluar, dan menyedari, bukan hanya harapan yang mereka ada, tetapi harapan dalam diri yang yakin dengan kebersamaan boleh membawa perubahan.

Kami melibatkan belia, pelajar sekolah, kolej, universiti dan juga komuniti Orang Asli. Penglibatan ini menjadi kunci kepada misi Projek57. Hasil daripada keuntungan penjualan barangan, kami salurkan untuk pemerkasaan dan memberi impak kepada mereka yang memerlukan, sambil mengingatkan mereka tentang nilai-nilai yang diterapkan ketika negara ini dibangunkan.

Cerita kami tentang hubungan dan kepercayaan, tentang rasa hormat di antar dua kawan baik yang telah bersama menjalankan perniagaan selama hampir 20 tahun.

Malaysia, tanah air kita, di mana keluarga dan sahabat kita berada. Sertai kami dalam perjalanan menuju perpaduan dan harapan.

Marilah kita menjadi sinar yang menyuluh, bukan keluhan.

Syed Sadiq Albar
Collin Swee